.::Followers::.

amirbulat

.::SeMaKin Byk kTe taHu,semakIn Kte tahu yg kTe nIE BYK D0p tahu...huhu.."MaNe AkU Tau!!!!!::.

.::Advetize::.

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, August 19, 2011

.::Bapak Borek Anak Rintik::.

robot tampar amirbulat lawak fun

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PING* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PING*




Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

[moral of da story: jangan mereka cipta sesuatu yang pelik]


.::Credit::.
>>>Read more>>>

Tuesday, August 16, 2011

.::Sah! Mentega ‘Pure Creamery Butter’ Tidak Halal::.

jakim halal haram amirbulat mentega majerin

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

–BERNAMA


SUMBER
byk sungguh la barang2 yang macam neh skang neh...takot lak aku nak beli makanan kat luar tuh, lagi2 kat bazaar, ntah ape yang die letak mane tahu (kompem2 la die xletak bende2 tuh, tapi kandungan produk yang "halal" die gunakan tuh)...

>>>Read more>>>

Monday, August 15, 2011

.::Semut Berubah Warna Mengikut Warna Makanan::.

semut warna the ants colour amirbulat

Assalamualaikum...ni semut orang yang catkan ke ape neh???mari kite scroll lagi ke bawah....
semut warna the ants colour amirbulat
Seorang lelaki berjaya menangkap gambar yang begitu indah, iaitu gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya.

Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Babu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.

Dia melakukan eksperiment dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.

Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen.

Mohamed Babu atau dikenali Dr Babu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.
semut warna the ants colour amirbulatDia berkata:

‘Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur’


‘Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya’

‘Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kalu untuk mendapatkan image yang berkualiti’


Selain itu, Dr Babu daripada Mysore, selatan India berkata:
‘Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan’


Sumber:- kerangs.net

>>>Read more>>>

Saturday, August 13, 2011

.::Baju Mr. Belon-Belon::.

baju belon amirbulat lawa cantik cute dress ballon

Assalamualaikum...kali ni aku nak tunjukkan baju yang diperbuat dari balon, agak cantik la, ala2 Lady Gaga gitu...huhu....

baju belon amirbulat lawa cantik cute dress ballon

baju belon amirbulat lawa cantik cute dress ballon

baju belon amirbulat lawa cantik cute dress ballon

baju belon amirbulat lawa cantik cute dress ballon

baju belon amirbulat lawa cantik cute dress ballon

baju belon amirbulat lawa cantik cute dress ballon

baju belon amirbulat lawa cantik cute dress ballon

>>>Read more>>>

Thursday, August 11, 2011

.::Skeleng Oh Syling::.

syiling wang duit amirbulat
Assalamualaikum...

Duit syiling???
1 sen pon duwet jugak kan, xde 1sen, xcukop RM 1,000,000.00 wow!!! <---ayat tyme skolah rendah dulu... seb bek skang neh aku tgh kumpul duwet syiling nak buat hantaran kawen...hahahaha~!!!
dah2...dah ckop untuk mengarut, let go straight to da point...

...>>>Kisahnye BERMULA<<<...

"Kerajaan Malaysia telah megumumkan bahawa pada tahun 2012 akan dikeluarkan design duit yang baru... "Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan. Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara. “Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia,” kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya. Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur." (Keratan MALAYSIAKINI, 2011).[Info Tentang Duit Syiling dari BNM]

ni hah aku nak tunjukkan duwet syiling yang baru...agak menawan jugak cz ade warne emas, bley ganti duwet syiling sehinggit yang lame...(tapi yang sehinggit lame tuh berat, yang ni xtaw ringan ke berat...

duit syiling baru 2012 amirbulat

Ape???xnampak??meh sini aku luku pala hangpa suma…xnampak lagi ke yang besaw gedabak tuh???kalo xnampak lagi, meh tgok yang lagi besaw neh…



kite patutnye gembira sebab setelah sekian lame kite pakai design yang lame...

tapi nak buat camne kan..patah tumbuh hilang berganti...

Akan tetapi, ada satu perkara yang agak mengejutkan bile kite tgok molek, ade corak “Star of David” yang menyerupai bendera Israel pada duwet syiling sposen yang baru???

tgok bebaik design duwet yang baru neh....

syiling israel amirbulat

Adakah ia berkait rapat engan post aku yang sebelom ini???
[Klik sini kalo nak tahu post mende]...

Aritu duwet Kertas, ni duwet Syiling plak..hadooii...tau la duwet neh satu medium yang sesangat penting, semua orang gune xkire Melayu, India, Chine, Kadazan, Bidayuh, Orang Asli (even gune kerang) dan sebagainye...huh!!!

>>>Read more>>>

.::Faktor Utama "Ladies" Jadi Lesbian::.

Lesbian Gay amirbulat

Assalamualaikum....bulan baik, niat baik, sooo...jangan jadi otak biru OK...
mari kite tengok faktor-faktor yang membuatkan wanita menjadi pelakon sejenis...

Kebanyakan perempuan biasanya mendapat pengalaman seksual dengan sesama jenis sekali atau dua kali dalam hidup mereka.Tetapi mereka tidak mengganggap bahawa diri mereka itu lesbian, cuma perasaan ingin tahu sahaja,” kata Suzi Godson seorang pakar seks dan hubungan di dalam The Times dan selaku penulis The Sex Book. Ada beberapa perkara yang menjadi penyebab kenapa perempuan suka buat eksperimen dengan perempuan yang lain.

1.Untuk merasakan sesuatu yang berbeza
Hal ini lebih susah nak dijelaskan kerana seringkali bukannya perempuan tertarik pada gender yang lain, Ketika melihat perempuan lain yang cantik, pandai dan wangi, apa yang perempuan tu rasa ketika berada dekat dengan dia?. Sebab apa lelaki ni terlalu obses dengan payudara wanita? Apa yang dirasakan oleh lelaki tersebut apabila menyentuh titik sensitif wanita tersebut? Bila perempuan boleh mengagumi keindahan tubuh perempuan yang lain, bukankah ini bermaksud lebih mudah pula untuk memberikan dan merasakan sentuhan dari wanita ke wanita?

2. Bersembang Secara Emosional & Verbal
Mesti korang semua tahu yang lelaki ni susah sangat nak memahami perempuan. Oleh sebab itulah, eksperimen sesama perempuan seringkali terjadi kerana kemampuan mereka untuk berkomunikasi secara verbal. Perempuan sesama perempuan boleh bersembang secara terbuka dan sejujurnya, bukankah ini salah satu kunci dari hubungan seks yang baik ?

3. Mengubati Sakit Hati
Bila baru clash dengan pasangan. Perempuan mesti merasakan saat2 sangap a.k.a nafsu memuncak. Selain tidak mempunyai pasangan lelaki, perempuan mungkin juga sedang menjauhkan diri dari lelaki2 lain, Jadi, dia pun cuba nak lakukan perkara terkutuk tersebut sesama perempuan, boleh jadi yang lama dah dia kenal, atau on the spot terus buat, Walau bagaimana pun, dalam seks juga ada unsur2 yang boleh didapati sehingga perempuan tu rasa dia buat dengan lelaki.

4.Lebih Lembut
Perempuan ni ada bibir yang sangat lembut dan ciuman juga lembut. Hal ni lah yang membezakan dengan lelaki, ketika lelaki bernafsu buas, lelaki ni lebih cenderung “bersemangat lebih”. Mereka juga selalu mengeluarkan air liur yang banyak ketika bercium.

5.Perempuan Lebih Pandai Dalam Seks Oral
Lelaki sering tak tahu bahagian yang mana yang menyelesakan untuk disentuh, terutamanya di area vagina .Perempuan pula , tahu nak buat apa kat perempuan lain kalau diorang buat seks oral. Lagi pun, tak ada bulu yang baru dicukur sehingga rasa kasar apabila menyentuh bahagian sensitif perempuan tersebut.

6.Tidak Pengotor
Perempuan selesa buat seks dekat tempat yang bersih, dengan seluar dalam yang baru, Ketika nak kentut, perempuan akan keluar dari bilik tidur, atau pun belah dari bilik, tetapi lelaki ni lain, langsung tidak ambil tahu, Sudah la buang angin merata-rata lepas tu gelak pulak, ingat lawak la tu.

da bace kan???
p/s: kepada semua WANITA-WANITA diluar sane, jangan terase hati dengan ape yang diperkatakan, ini adalah sebahagian dari TIPS untuk LELAKI yang diluar sane untuk menjaga pasangan masing-masing, bukan untuk berfikiran -ve...

akhir kate..

.::Yang Pipih Datang Melayang, Yang BULAT datang Bergolek::.



>>>Read more>>>

Saturday, August 6, 2011

.::Makan vs Kereta::.

amirbulat kereta makan pose puasa

Assalamualaikum....

Amacam???seliur x tengok gambar kat atas tuh???hahaha<----(gelak jahat)
mesti da meleleh2 dah air liur tgok gambar makanan kan???nak2 bulan pose camne...mane nak tahan nafsu serakah tuh...hihi~!!!...

Post kali neh saje je nak mengingatkan semua umat Islam yang diluar sane tentang Makan dan Kereta...(ade kaitan ke makan dengan kereta)????
@_@ berpinar mate duk pikiaq persamaan antara 2 bende yang berbeza dari sudut zahirnye rite...

hurmn...nak taw ke persamaan 2 subject diatas???
jom tgok video neh dulu..



da lepas tgok video kan???asal muke merah je tuh???ade yang berkedot2 aku tgok???terase ke???hahahahaha<----gelak jahat lagi....




>>>Read more>>>

Sunday, May 8, 2011

!..::Selamat Hari Ibu::..!

amirbulat hari ibu mama bonda
P/s: Baca dengan penuh pereasaan anda dapat mereasainya.

CIntailah ibu kamu selagi mereka masih ada.


Orang kata aku lahir dari perut mak….

(bukan orang kata…memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku….mak

Bila lapar, yang suapkan aku….mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak


Bila bangun tidur, aku cari….mak

Bila nangis, orang pertama yang datang….mak


Bila nak bermanja, aku dekati….mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak


Bila nakal, yang memarahi aku….mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak


Bila takut, yang tenangkan aku….mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak

Aku selalu teringatkan….mak

Bila sedih, aku mesti telefon….mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak


Bila bengang, aku suka luah pada….mak

Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak

Bila ada masalah, yang paling risau….mak


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak


Kalau balik ke kampung,

Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak

Yang selalu berleter kat aku….mak

Yang selalu puji aku….mak

Yang selalu nasihat aku….mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak


Aku ada pasangan hidup sendiri….


Bila seronok, aku cari….pasanganku

Bila sedih, aku cari….mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada….mak


Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat….mak


Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak


Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu….aku ingat pasanganku

Selalu….mak ingat kat aku


Bila-bila….aku akan telefon pasanganku

Entah bila….aku nak telefon mak


Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak



Renungkan:


“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.



Berderai air mata jika kita mendengarnya…..


Tapi kalau mak sudah tiada…..

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..


....*☆.¸.☆*'

....*☆.@@ ☆*'

.*☆.@@@@☆*'

....@@@@@@

...☆*@@@@`*☆.¸¸

.......\\\||///.

........\\||//.

.........ƸӜƷ.

..........\|/..♥

...........V....ӇƛƤƤƳ MƠƬӇЄƦ´Æ§ ƊƛƳ!


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.






>>>Read more>>>

Thursday, March 10, 2011

.::Simbol Illuminati Pada Ringgit Malaysia?::.

amirbulat amir bulat freemason illuminati
Salam semua.. entri kali ni saya nak share satu perkara yang agak menarik dengan anda semua..
Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? Subhanallah..betul kah? sebenarnya aku pun baru tahu dengan lebey lanjut jgk bende nih, bende nih mmber aku yang bgtaw, nama glemernye “PALI BENGGONG” (die pun tahu dari orang lain jugak).. yang aku taw kat duwet singgit je, tapi die lebey advance dari aku, gler r kakah nih...so, disebabkan perkara ini memang menarik perhatian maka saya mengambil keputusan untuk menyiasatnya dengan lebih lanjut.
Pertama sekali, jom kita check simbol ini pada ringgit kita
amirbulat amir bulat freemason illuminatiamirbulat amir bulat freemason illuminatiamirbulat amir bulat freemason illuminati
Apa yang saya tandakan dengan dakwat merah itu adalah gambar seekor kijang. Tetapi betulkah itu seekor kijang?
amirbulat amir bulat freemason illuminati
Sebenarnya, lebih tepat lagi, simbol ini adalah sebenarnya milik Bank Negara Malaysia
amirbulat amir bulat freemason illuminati
Ok, apa yang peliknya tentang lambang kijang ini kan? Cuba anda perhatikan, adakah ia benar – benar melambangkan kijang?
Perkara yang aneh disini adalah kerana ciri fizikal Kijang adalah berekor PENDEK!, manakala simbol haiwan diatas adalah berekor panjang..
Sebenarnya haiwan diatas adalah simbol seekor anjing..!
amirbulat amir bulat freemason illuminati
kijang adalah mempunyai ekor yang pendek
amirbulat amir bulat freemason illuminati
Dalam logo tersebut itu pula terdapat simbol matahari dan bulan.
Untuk makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan(menyembah alam). Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makam Firaun dan Pyramid
Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason.
Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan?
amirbulat amir bulat freemason illuminatiamirbulat amir bulat freemason illuminati
Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?
Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.
discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel
Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.
Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.
Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia
Saya risau maklumat yang saya dapat ini satu fitnah jahat terhadap Bank Negara kita. Jadi saya harap kesalahan maklumat saya ini ditegur dan diperbetulkan.

>>>Read more>>>

Monday, December 6, 2010

.::Maksud Disebalik Angka 13::.

fuck porn cum amirbulat sexy sex main rogol

Assalamualaikum semua...da lama aku bw orang. da tiba masanya aku bukak topik baru lak...hehe....
korang taw maksud 8888???
tu bkn no orang cina ke yang dikatakan "ong ma"???
tu no "ong", kalo bkn no "ong" brape plak???

Nilai Angka 13 Pada Illuminati & Freemason

Angka 13 bolehlah dianggap sebagai angka yang menimbulkan banyak kontroversi, sama ada perlu dijauhi atau diamalkan dalam kehidupan seharian.

Bagi orang Cina, baik di Malaysia mahupun di China, khasnya yang bukan beragama Islam, angka 13 amat ditakuti dan perlu dijauhi kerana dikatakan membawa makna ****. Umumnya angka itu ditakuti dan dianggap **** kerana jika dicampurkan 1+3 akan menjadi 4, iaitu angka yang membawa maksud mati dan nasib malang.

Jika mereka terbeli kenderaan, rumah, kedai, barang dan sebagainya yang ada angka 13, mereka akan berusaha menjualnya semula atau diusahakan untuk menukar nombor itu kepada nombor lain yang ‘lebih baik’.

Lebih teruk lagi, kebanyakan bangunan tinggi,di sebelah Asia khasnya, tidak mempunyai tingkat 13 disebabkan pengaruh kepercayaan bahawa angka 13 itu membawa **** dan kononnya orang tidak akan mahu membeli / menyewa / tinggal di tingkat berkenaan. Hasilnya, tingkat yang sepatutnya disebut 13 ditiadakan, digantikan dengan tingkat 12A.Misalnya, selepas tingkat 12 ialah tingkat 12A, selepas itu tingkat 14. Tingkat 13 tiada!

Kepercayaan angka **** ini turut dikongsi oleh kebanyakan masyarakat Kristian di Eropah dan di Amerika Utara, sehingga ke hari ini. Hasilnya, banyak cerita seram dan **** yang dikaitkan dengan angka 13 ini di merata tempat di serata Eropah dan Amerika.

Dalam sejarah Kristian, angka 13 agaknya sedikit **** kerana Yesus dijual pada jam 13.00 (pukul 1 petang) untuk mendapatkan sedikit wang sebagai ganjaran. Pengikut Nabi Isa A.S. seramai 12 orang, campur Nabi Isa menjadi 13, semuanya hidup tidak menentu dan berpecah-pecah, menjadikan ia dianggap tidak membawa kebaikan.

Dalam sedar atau tidak, semakin banyak umat Islam yang ikut terpengaruh dengan kepercayaan sebegini, terutama yang lemah iman dan penghayatan ilmu agama. Jakim sendiri pun tidak dapat mengawal umat Islam daripada ‘menganut’ kepercayaan karut dan boleh membawa syirik ini. Sehingga kini belum ada lagi fatwa atau kenyataan rasmi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atau oleh Jakim. So berhati-hatilah.

Tetapi tahukah kita bahawa pada orang Yahudi, terutama sekali pengikut Illuminati dan Freemason, angka 13 amat penting nilainya pada mereka, sehingga mereka menjadikan angka tersebut sebagai simbol pergerakan mereka, dan sebagai bukti, angka 13 dicipta dalam pelbagai bentuk dan disampaikan dengan beraneka cara.

Angka 13 mempunyai nilai yang sama ‘keramatnya’ dengan angka 11 dan 666 pada perhitungan mereka. Angka 666 adalah angka yang merujuk kepada diri dajjal itu sendiri.Hari ini, angka 13 menyusup ke dalam kehidupan manusia di seluruh dunia tanpa kita semua sedar.

Mereka menyogok kepada seluruh dunia lambanglogo 13 mereka, dan seluruh dunia mengetahui serta mengingatinya. Kerana cantik dan modennya lambang angka 13 itu direka, tidak ada pihak yang kata itu adalah angka ****, atau yang kata logo itu bawa ****.

Maknanya, berjayalah mereka menyogok idea dan kepercayaan mereka kepada umat manusia, walaupun diketahui bahawa banyak bangsa lain yang menganggapnya **** dan perlu dijauhi.

Jika kita perhatikan pada hari ini, banyak syarikat gergasi dunia yang dipengaruhi Illuminati, terutamanya Freemason, menggunakan angka 13 dengan pelbagai cara dan bentuk, sehingga orang ramai tidak perasan tentang hal itu.

Cuba kita lihat lambang McDonalds, iaitu huruf M yang di bawahnya ada garisan melintang. Cuba tumbangkan angka itu ikut arah jam, apa jadi? Ia menjadi angka 13!

Gergasi perisian komputer, Microsoft, sebenarnya lebih dikenali di kalangan orang Yahudi dengan nama The Double Thirteen atau Double-13, diangkakan sebagai 1313. Apa maknanya itu? Perhatikan lagi lambang Windows iaitu kotak empat segi yang mempunyai 4 warna berbeza, menyerupai sebuah jendela. Walhal ia adalah lambang sebuah piramid yang dilihat tepat dari atas atau dari bawah, iaitu lambang utama Illuminati. Jika diperhatikan lagi, logo 4 warna itu juga merupakan perlambangan angka 13 sebanyak 2 kali.

Gergasi perisian komputer yang lain iaitu Apple turut menggunakan logo yang ada angka 13 itu. Cuba kita tumbangkan logo buah epal ikut arah jam, kita akan dapati bahagian atas buah epal yang berlekuk itu menggambarkan angka 3, jika dipotong tengahnya, dan bahagian tengah epal itu melambangkan angka 1. Seakan-akan tidak jelas, tetapi dapat difahami maksudnya dengan mudah.

Banyak lagi syarikat gergasi lain yang turut menggunakan angka 13 dengan pelbagai bentuk dan cara, dijadikan logo syarikat masing2. Antaranya ialah Startrek.com, Arbyss,Westel dan lain2 lagi.

Kebetulan? Tentulah tidak!

Apa buktinya? Cuba kita perhatikan pula jata negara bagi Amerika Syarikat, The Seal of United States of America. Di situ kita dapat lihat angka 13 diulang2 dengan pelbagai cara dan bentuk. Secara tidak sedar, kita dimaklumkan bahawa Amerika Syarikat sudah berada di bawah cengkaman Illuminati yang berbangsa Yahudi. Bukan saja angka 13 ditonjolkan, malah angka 666 juga ditonjolkan, termasuk beberapa simbol lain bagi Mason dan Illuminati.

Asalkan kita dapat memerhatikan dengan teliti, kita akan segera mengakuinya. Di sini diturunkan beberapa perkara yang ada angka 13 dalam jata tersebut sebagai bukti:

1. Terdapat 13 biji bintang yangmembentuk Star of David di bahagian atas kepala burung helang.
2. Terdapat 13 jalur pada perisai yang melekat di badan burung helang secara berselang seli.
3. Terdapat 13 huruf berbahasa Latin yang membentuk 2 perkataan iaitu ANNUIT COEPTIS.
4. Terdapat 13 huruf berbahasa Latin yang membentuk 3 perkataan E. PLURIBUS UNUM di atas kepala burung helang.
5. Terdapat 13 helai daun zaitun yang dipegang oleh kaki kanan burung helang.
6. Terdapat 13 biji buah zaitun di celah2 daun zaitun pada kaki kanan burung helang.
7. Terdapat 13 anak panah di kaki kiri burung helang.
8. Terdapat 13 helai bulu pada hujung anak panah tersebut.
9. Terdapat 13 lapisan batu yang membentuk piramid.
10. Terdapat 13 kali sembilan titik yang mengelilingi Star of David di atas kepala burung helang.

Jika kita perhatikan lagi, lambang burung helang mengepak sayap ke atas sebenarnya membentuk huruf V dan badan helang dengan kaki mengembang membentuk huruf V terbalik. Jika kedua-duanya disatukan, ia menjadi lambang rasmi Illmuninati.

Lambang asal Illuminati ialah alat geometri terbuka ke bawah dan sesiku mendongak ke atas yang bergabung, di tengah2 nya ada huruf G. Burung helang ini hanyalah manipulasi atau pemodenan dari bentuk asal lambang Illuminati.Penyamaran ini untuk mengelakkan tuduhan terus terhadap pengaruh Illuminati di USA.

Burung helang itu pula mengadap ke kiri, menjadikan mata kanannya saja yang kita lihat.Ia sebenarnya adalah lambang ‘mata satu Horus’. Horus adalah antara dewa besar & berpengaruh dalam Illuminati, yang berlambang ‘mata satu’ iaitu mata kanan yang mengadap ke kiri.

Ekor burung helang terdiri dari 9 helai bulu. Apa maknanya itu? Ia adalah penjumlahan kepada 666. Takkanlah nak lukis sehingga 666 helai bulu burung kat jata tu, mustahillah. Terlalu banyak dan rumit. Jadi, nak ringkaskan cerita, 666 adalah angka atau simbol dajjal. Jika dicampur 6+6+6 akan jadi 18. Jika dicampur 1+8 akan jadi 9. Jadi, 9 helai bulu ekor helang mewakili angka 666 untuk dajjal.

Burung helang itu sendiri adalah lambang haiwan yang lazim digunakan sejak zaman purba, oleh pemerintah yang besar, seperti Mesir purba, Babylon purba dan beberapa kerajaan zaman moden hari ini. Helang adalah lambang yang digunakan oleh kaum Dan, kaum yang dipuja dan dipuji oleh sekalian Freemason dan Illuminati.


>>>Read more>>>

Monday, November 22, 2010

Petanda Bahawa Dia Betul-Betul Jodoh Kita



arini aku betul2 serabut dengan budak (Wafee) sorang nih duk update blog tensen aku dibuatnye....

ni hah,,,aku pun nk update gak blog aku yang da sekian lame xactive...



8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
>>>Read more>>>

Wednesday, June 23, 2010

.::Chatroom::.

ari ni aku nk kongsi lagi, p untuk orang2 tertentu saje lah, pada mereka yang mengenali antara 1 sama lain dimana aku ade buat 1 chatroom untuk dak2 sekolah aku ngan dak2 department of building batch aku sahaja....

caranya mudah j, bawah ni aku bagi 2 link dimana seperti yang diatas aku bgtaw td untuk dak2 skolah aku dimana ex-SMKTIZ Batch 2002-2006 ngan ex-Building Department Batch Jul 07-Apr 10 UiTM Seri Iskandar, Perak...just masukkan name yang orang kenal j, p kalo name tersebut ditukar kepada Guest#####, sila logout n tunggu dalam 5 minit, then login balik...

aku wujudkan chatroom ini supaye kita2 semua xde lost contact antara satu sama lain. mmg chatroom ni xkan idop kalo xde orang, p sape2 yang on tuh bleh la ajak dak2 ni masuk untuk bertukar pendapat, berbincang, sembang ramai2 or sebagainye...

contoh: sekiranya nk buat reunion k ape k, mmber2 duk jauh p still nk bincang ramai2 tyme study week or tyme exam week, bleh la guna chatroom ni untuk buat perbincangan dan sebagainye....

atauuuuuu....

nk bincang psl paper ke ape k, ade yg duk dalam kolej n ade yg duk luar kolej, so kite bleh la gune chatroom ni jgk...

jadi, jangan salah pilih chatroom lak...

1> ex-SMKTIZ Batch 2002-2006

http://webchat.freenode.net/?channels=aizek

2> ex-Building Department Batch Jul 07-Apr 10 UiTM Seri Iskandar, Perak

http://webchat.freenode.net/?channels=buildingdepartment


cam bese r, copy link diatas n paste pada Internet Explorer, Mozilla Firefix, @ Google Chrome...

tepuk dada tanya selera...

no mencarut2, no gaduh2, no maki hamun, just enjoy......

p/s: nntikan kemunculan chatroom untuk dak2 Construction Management Batch Jul 2010-Apr 2012 UiTM Shah Alam...
>>>Read more>>>

.:::::.

My Great Web page

LinkWithin

.::Tekan2::.

.::Mister Linky's Magical::.

.::Kelab Blog Walking::.