.::Followers::.

amirbulat

.::SeMaKin Byk kTe taHu,semakIn Kte tahu yg kTe nIE BYK D0p tahu...huhu.."MaNe AkU Tau!!!!!::.

.::Advetize::.

Tuesday, August 16, 2011

.::Sah! Mentega ‘Pure Creamery Butter’ Tidak Halal::.

jakim halal haram amirbulat mentega majerin

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

–BERNAMA


SUMBER
byk sungguh la barang2 yang macam neh skang neh...takot lak aku nak beli makanan kat luar tuh, lagi2 kat bazaar, ntah ape yang die letak mane tahu (kompem2 la die xletak bende2 tuh, tapi kandungan produk yang "halal" die gunakan tuh)...

No comments:

.:::::.

My Great Web page

LinkWithin

.::Tekan2::.

.::Mister Linky's Magical::.

There was an error in this gadget

.::Kelab Blog Walking::.