.::Followers::.

amirbulat

.::SeMaKin Byk kTe taHu,semakIn Kte tahu yg kTe nIE BYK D0p tahu...huhu.."MaNe AkU Tau!!!!!::.

.::Advetize::.

Sunday, November 28, 2010

.::Pertanian Adalah Pelaburan::.

pokok gaharuNama Tempatan: Gaharu/depu
Nama Saintifik: Aquilaria malaccensis
Nama Lain: Karas, Engkaras, agar wood, aquilaria, krasna, agaloca,aloeswood,
eaglewood, jinkoh. Famili: Thymelaeaceae
Lokasi dijumpai: Hutan hujan tropika


Apa Itu Gaharu???
Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera ( sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras ( damar ).Bahan damar yang terhasil ini pula mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi dan dikenali sebagai gaharu.

gaharu amirbulat
Fakta keterangan:

Pokok Gaharu merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Semua bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik. Nama sains gaharu ialah Aquilaria malaccensis, bagaimanapun beberapa spesies lain dalam genus Aquilaria turut dikenali sebagai gaharu.

Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya.


pokok gaharu amirbulat*sila klik logo
Gunung Cipta SDN. BHD. adalah sebuah syarikat yang menceburi bidang pertanian Gaharu sejak tahun 2007. Gunung Cipta SDN. BHD mencari seberapa ramai peserta untuk mengambil "bahagian" dalam pengurusan Gaharu ini.

"Bahagian" yang dimaksudkan adalah dimana kami menjual lot-lot tanah kosong yang akan dibangunkan menjadi lot-lot tanah Gaharu yang mana peserta hanya mengeluarkan modal untuk membeli tanah itu sahaja, yang selebihnya kami uruskan sendiri. Keuntungan dari pelaburan Gaharu akan dibahagi 2 antara Gunung Cipta SDN. BHD. dengan pembeli.

Bagi kami, modal untuk membeli tanah serta kos penanaman pokok Gaharu dalam masa yang sama amat membebankan. Jadi kami mencari peserta yang betul-betul mahu mengambil bahagian sahaja.

Tanah tersebut akan menjadi hak milik 100% kepada pembeli tersebut.

Ini bukan MLM, bukan sistem piramid or etc, Gunung Cipta SDN. BHD. adalah syarikat yang mengusahakan pertanian berasaskan pokok Gaharu.

Pihak syarikat telah melontarkan idea supaya masyarakat diberi peluang untuk memiliki lot-lot tanah pokok Gaharu dengan beban kewangan yang sangat minimum (munasabah) iaitu lot-lot tanah yang siap ditanam dengan pokok Gaharu dijual kepada peserta dengan harga yang menarik dan kadar masa yang fleksibel.

Lot Gaharu dijual pada harga serendah RM 14,000- RM 20,000(mengikut lokasi) untuk 1 Lot tanah Gaharu (anggaran 500-700 m2) dengan keluasan pada bilangan pokok lebih kurang 100-200 pokok setiap lot.

gaharu amirbulatUntuk dijual minyak sebatang pokok gaharu yang berusia 7-8 tahun boleh dijual antara RM 500 – RM 5,000 sebatang. 150 batang pokok Gaharu (1lot) hasilnya antara RM 10,000 – RM 1,000,000.


pokok gaharu amirbulat Untuk dijual “teras” sebatang pokok yang berusia 7-8 tahun boleh dijual antara RM 10,000 – RM 100,000 (bergantung kepada kuanliti dan kuantiti teras). 150 batang pokok (1 lot) pokok Gaharu hasilnya antara RM 2,000,000 – RM 20,000,000.

ü Harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM 45 ribu / Kg


gaharu amirbulat
Anda tidak perlu menelefon kami, sebaliknya hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) nama, no telefon dan juga tempat tinggal anda, kami akan menelefon anda sejurus itu untuk anda mengetahuinya dengan lebih lanjut, jika perlu kami akan ke tempat anda untuk memberi maklumat dengan lebih detail.



017-9461750 - Firdaus

>>>Read more>>>

Tuesday, November 23, 2010

Broadband Habis Limit???

Cara Nak Lajukan Broadband (untuk yang habis limit)

Setiap hari mesti korang guna internet xkira la ape yang korang buat n untuk ape korang on9, facebook, blog, kosmo, oh media, oh artis, oh bla..bla...bla...OMG...haha..

pada sape yang menggunakan BROADBAND atau dalam bahasa kasarnye BERUKBAND, mesti korang akan jaga2 akan had penggunaan anda kan???nk donlod citer kompem pikir 4567 kali punye, nk2 yang limitnye dalam lingkungan 1.5Gb..haha....kcian2...

ni ade cara bagaimana nk settlekan masalah korang yang da habis limit xcukup bulan...korang kene ikut 1/1 step yang tertera....


korang buat macam ni.

1. start>run (kalo pengguna win vista or se7en, just click pada start, ade taip cmd pd button search...

2. taip cmd > enter

akan keluar command prompt

3. Taip ipconfig/all

akan terpapar segala detail connection.
ip,subnet,gateway dan dns.

peratikan description connection.pastikan korang peratikan yang broadband punye.jangan silap.
kemudian tengok gateway

4.taip No. Gateway@IP Addrees tu

taip: "ping 10.176.44.70 -t"
tambahkan sendiri "ping" dan "-t" tu...

5.Kemudian "Enter"

pastikan ada reply yang diterima selepas anda tekan enter.
dan biarkan ia ping tanpa henti.
biarkan proses ini berterusan selama mana anda online.

prosses ini akan membuatkan anda sentiasa ada connection dan takkan DC dengan server dan akan mempercepatkan prosses penghantaran paket dan penerimaan paket.
so akan mempercepatkan proses membuka web page.

kalau malas nak taip2 setiap kali nak ping.just copy paste kod ni ke notepad dan save as namefailape2.bat
then double klik bile setiap kali nak ping

@echo off
cd\
ping 10.176.44.70 -t

*gantikan 10.176.44.70 dengan gateway@dns broadband korang.

limit broadband amir bulat

limit broadband amir bulat

limit broadband amir bulat

limit broadband amir bulat

limit broadband amir bulat
>>>Read more>>>

Internet Download Manager 5.18

Yes!!!....
aku tahu dunia makin hari makin laju dengan pelbagai teknologi yang kita sedari akan kehadirannya, tetapi apa guna kalau dunia saja yang maju kalau kita masih di takuk yang lama..kan..kan..kan..
apa guna kalau kita ikut perkembangan semasa sedangkan kalau yang lama kita tidak mendalami sepenuhnya...erm...

hari ini aku nk share sumtim yang agak lame jgk lah aku rase, tapi aku still pakai lagi sehingga hari ini sebab memang benda ni berguna pada aku untuk menyedut pape yang bleh disedut....xkira la gambar ke, video dari youtube or facebook or sumting else, lagu dari mane2 semak pun, aku mmg suka pakai sopwer nih...kalo korang nk taw...

jeng...
jeng...
jeng...

INTERNET DOWNLOAD MANAGER v5.18
internet download manager

walaupun skarang nih da ade version 5.19 or yang paling latest 6.01beta, p aku still pkai yang 5.18, bkn xnak donlod, da mmg donlod da, p mls nk tukar..hehe...

download

korang just download je, then dalam folder tuh da ade instruction, kalo nk tutorial lain hari aku buatkan cz aku ngah bz menhandlekan sesuatu nih...haha...

*disyorkan anda menutup antivirus anda sebelum mendownload software ini especially bagi pengguna Avira Antivirus...tq...
>>>Read more>>>

Monday, November 22, 2010

10 Orang Pertama Mendaftar Di Facebook

.::-Nilah ranking 10 orang pertama yang mendaftar di Facebook-::.


1. Mark Zuckerberg


Merupakan founder Facebook yang petama daftar website nih.mestilah dia kan..Dengan nombor id 4


2. Chris Hughes

Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook yang merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di University Harvard.Selain menjadi co-founder facebook,Chris Hughes menjadi popular setelah dia membuat website untuk Obama iaitu my.barrackobama.com yang dikatakan menjadi penyumbang besar sehingga Obama menjadi presiden kulit hitam yang pertama di Amerika Syarikat.
Nombor idnya ialah 5.


3.Dustin Moskovitz

Dustin Moskovitz adalah Co-Founder Facebook dan merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa belajar di University Harvard.Moskovitz memiliki saham Facebook sebanyak 6% yang membuat kekayaannya dianggarkan mencapai 1.4 million US$.Forbes menyatakan dia merupakan millionanre termuda di dunia.
Nombor idnya ialah 5.


4. Arie Hasit

Arie Hasit merupakan kawan baik Mark Zuckerberg,ini kerana mereka berdua sering lepak bersama-sama sewaktu belajar di University Harvard.Mereka berdua juga merupakan Jewish/Yahudi.Sekarang dia bekerja sebagai juru bicara angkatan bersenjata Israel.
Nombor idnya ialah 7.



5. Marcel Georgés Laverdet II


Sikit jer maklumat mengenai mamat nie.Dia bekerja di Facebook.
Nombor idnya ialah 10.


6. Soleio

Soleio merupakan pegawai teknik Facebook.Di page Facebook nya,dia menyatakan ianya berhubungan dengan teknikal Facebook.
Nombor idnya ialah 11.


7. Chris Putnam

Chris Putnam merupakan salah seorang software engineer Facebook.tu jer
Nombor idnya ialah 13.


8. Andrew McCollum

Andrew McCollum ialah kawan sekelas dengan Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus menjadi design grafik pertama Facebook.Dialah yang merancang logo facebook untuk pertama kalinya.
Nombor idnya ialah 26.


9. Colin Kelly

Merupakan pelajar Universiti Harvard dan berkemungkinan besar ialah teman sekelas Mark Zuckerberg.Kebanyakan pemilik-pemilik id-id yang kecil ialah pelajar Universiti Harvard kerana memang pada awalnya,Facebook dikembangkan untuk kepentingan pelajar dan mahasiswa Harvard.
Nombor idnya ialah 27.


10. Mark Kaganovich

Mark Kaganovich ialah pelajar Harvard dalam bidang sains komputer.Dia merupakan founder dari labmeeting,iaitu sejenis social network seperti Facebook,tetapi dikhususkan oleh para ilmuan sahaja.
Nombor idnya ialah 28.
>>>Read more>>>

.::Wali Band-Dancemix::.



"Wali Band-Dancemix"

korang try ler dengar, aku rase not bad die ejas lagu Wali Band nih, xketerlaluan sangat,,,,soo....LAYANZZZZ...
MEDIAFIRE

sumber: sofbry draman
>>>Read more>>>

Cari Line



ni baru nk buat call, kalo die pkai broadband xtaw la camne nak angkut laptop, pastu nk turun camne lak tuh...kalo negara kita camtu xtaw lar..haha...

kredit: Matz Budiman
>>>Read more>>>

Petanda Bahawa Dia Betul-Betul Jodoh Kita



arini aku betul2 serabut dengan budak (Wafee) sorang nih duk update blog tensen aku dibuatnye....

ni hah,,,aku pun nk update gak blog aku yang da sekian lame xactive...



8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
>>>Read more>>>

Wednesday, August 4, 2010

Cara menyambungkan file...part 1

Cara menyambungkan file dengan menggunakan Winrar.

kebiasaannya file yang besar(cerita, software, etc..) akan dibahagikan kepada beberapa part-part tertentu mengikut saiz-saiz yang telah ditetapkan oleh "si pembahagi".


file-file tersebut mempunyai saiz yang sama melainkan file yang terakhir sekali dimana saiz file yang terakhir akan kecil dari yang sebelumnya.

jadi macam mana nak sambungkannya???jom kita saksikan....

....................................................................................................................
1) masukkan kesemua file yang didownload dalam satu folder. (tapi pastikan kesemua file tersebut mengikut turutan, exp: part1, part2, part3, part4...etc).

2) lepas itu, right click pada file yang pertama(part1), dan click pada "Extract To...".


3) lepas siap extract, akan timbul satu folder, dan dalam folder itu adalah file yang anda download.

....................................................................................................................
SELAMAT MENCUBA
>>>Read more>>>

Thursday, July 29, 2010

Cara Lock Folder Tanpa Software


1) Buat satu (1) folder baru...

2) Pastu korang bukak Wordpad or notepad then copy yang bawah ni then paste dalam notepad or Wordpad tuh...

..........................................................................................................................
Quote:
Quote: cls
@ECHO OFF
title Folder Private
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Private goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure you want to lock the folder(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Private "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to unlock folder
set/p "pass=>"
if NOT %pass%== password here goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Private
echo Folder Unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Private
echo Private created successfully
goto End
:End
..........................................................................................................................

3) Lepas da paste kat Wordpad or notepad tuh, korang tekan Ctrl+F then cari perkataan password here ...

Contoh: if NOT %pass%== abc123 goto FAIL
maknanya password anda ialah abc123


4) Kemudian save file tersebut sebagai locker.bat...

5) Lepas itu pergi kat folder yang baru buat (step 1) akan tertera 1 file then click kat file tuh, kemudian akan tertera 1 folder yang terbaru sebagai Private secara automatic...

6) Click pada folder Private tu then taruk j pape yang korang rase nk sembunyikan dari pengetahuan sahabat handai or etc dalam folder tuh...

7) Lepas abes copy sume file tuh, click Back button then double click pada file locker.bat tuh, akan tertera 1 command, then die akan tanye nk lock ke tidak folder tuh (Y/N), kalo nak lock taip Y then kalo xmo lock taip N then tekan Enter.

8) Then tekan Enter, folder Private tu akan hilang...

9) Kalau nak bukak balik folder Private tu, double click pada locker.bat tu then masukkan password (abc123) anda...

p/s: kalo nk lock folder yang lain, just copy saje file locker.bat tu then follow j step yang sama, tapi menggunakan password yang sama, n kalau nk tukar password, ikuti step 1 sehingga 9...

...SELAMAT MENCUBA...

kredit_to_Mastermindz a.k.a MM
>>>Read more>>>

Sunday, July 18, 2010

Kaspersky Internet Security 2010 anti-blacklist valid until 2012



lame aku dop men blog2 nih, cbok ngan FIFA baru ni la nih, xpepasal Spanyol menang, nk2 plop nk membiasakan diri dengan tempat baru....payoh la gini gop...haha....lupekan yang lepas, kite start dengan yang baru...bak kate En Kamal, "TUTUP BUKU LAMA, BUKAK BUKU BARU"...haha...
ari ni aku nk share tentang anti virus yang no 2 paling kuat dalam dunia..haha..tu mengikut carian dalam google lah...hoho...
jangan cakap banyok, terus kepada topik asal...
korang donlod j Kaspersky Internet Security 2010 dari mane2 sumber, xkisah ler ade license key ape k, asalkan ade or nk senang u all amik j link ni pastu donlod Kaspersky Internet Security 2010 ni...

http://www.mediafire.com/?ytytejnnnz4

pape pun...donlod ni j, lepas tu u all donlod j natam bowoh ni, dalam tu ade semua yang aku nk terangkan...

http://hotfile.com/dl/55881645/60d86a1/Kaspersky_Internet_Security_2010_upload_by_amirbulat.rar.html

http://www.mediafire.com/?jox6mqe6axzv1wb

selamat mencuba...

password: amirbulat
>>>Read more>>>

Wednesday, June 23, 2010

.::Chatroom::.

ari ni aku nk kongsi lagi, p untuk orang2 tertentu saje lah, pada mereka yang mengenali antara 1 sama lain dimana aku ade buat 1 chatroom untuk dak2 sekolah aku ngan dak2 department of building batch aku sahaja....

caranya mudah j, bawah ni aku bagi 2 link dimana seperti yang diatas aku bgtaw td untuk dak2 skolah aku dimana ex-SMKTIZ Batch 2002-2006 ngan ex-Building Department Batch Jul 07-Apr 10 UiTM Seri Iskandar, Perak...just masukkan name yang orang kenal j, p kalo name tersebut ditukar kepada Guest#####, sila logout n tunggu dalam 5 minit, then login balik...

aku wujudkan chatroom ini supaye kita2 semua xde lost contact antara satu sama lain. mmg chatroom ni xkan idop kalo xde orang, p sape2 yang on tuh bleh la ajak dak2 ni masuk untuk bertukar pendapat, berbincang, sembang ramai2 or sebagainye...

contoh: sekiranya nk buat reunion k ape k, mmber2 duk jauh p still nk bincang ramai2 tyme study week or tyme exam week, bleh la guna chatroom ni untuk buat perbincangan dan sebagainye....

atauuuuuu....

nk bincang psl paper ke ape k, ade yg duk dalam kolej n ade yg duk luar kolej, so kite bleh la gune chatroom ni jgk...

jadi, jangan salah pilih chatroom lak...

1> ex-SMKTIZ Batch 2002-2006

http://webchat.freenode.net/?channels=aizek

2> ex-Building Department Batch Jul 07-Apr 10 UiTM Seri Iskandar, Perak

http://webchat.freenode.net/?channels=buildingdepartment


cam bese r, copy link diatas n paste pada Internet Explorer, Mozilla Firefix, @ Google Chrome...

tepuk dada tanya selera...

no mencarut2, no gaduh2, no maki hamun, just enjoy......

p/s: nntikan kemunculan chatroom untuk dak2 Construction Management Batch Jul 2010-Apr 2012 UiTM Shah Alam...
>>>Read more>>>

Microsoft Office Project Tutorial

Kepada mmber2ku yang belajar under civil enginering especially BUILDING DEPARTMENT or seangkatan dengannye, ari ni dan seterusnya aku nk kongsi sesutu yang amat bermakne iaitu Software Microsoft Project...

tetapi harus diingat, bkn sofwarenye, cz sofwarenye kalo search mmg kompem dapat, kalo xdekat internet, kat kedai bleh cari or di syarikat2 kontraktor yg terpilih, p ape yang aku nk kongsi ngan korang adalah....

Microsoft Project 2003 Tutorial....

ala...same la cam Auto-Cad ngan Adobe Photoshop yang ade tutorial....
kalo amik kelas yang Auto-Cad under CIDB murah j, kalo Adobe Photoshop pun murah gak, p yang Microsoft Project ni mau xpegi RM5,000...mahal tuh...bleh beli muto yamaha lagenda 115zr yang baru tuh...
kalo ditanya psl cjil, korang pandai2 la ekk, tu aku xjamin...kalo korang pandai buat nde nih, aku jamin korang mybe dapat pangkat Project Manager kat sesetengah privet company...

so...ape lagi korang tengok. sedut lah gune link HOTFILE nih, walaupun cerewet, p nk buat camne, ni j care ade, aku da upload try gune MEDIAFIRE, p xleh cz mybe file besar kot, ntah, aku xtry explore lagi...

http://hotfile.com/dl/49991830/725d93c/Microsoft_Project_Tutorial_upload_by_amirbulat.rar.html


copy link diatas n paste kat Internet Explorer bagi yang lame, Mozilla Firefox bagi yang pertengahan, then Google Chrome bagi yang advance sket...

p/s: aku xtry lagi nde nih cz aku xde mood nk bace bahase penjajah ni, kalo sape2 da cuba, kalo bleh komen sket kat aku melalui email amir_bulat@yahoo.com ekk, jgn malu jgn segan.....

selamat ENJOY...
>>>Read more>>>

Thursday, June 10, 2010

.::Fifa Worldcup 2010::.



Kepada peminat-peminat bola sepak pasti teruja dengan kehadiran Fifa World Cup 2010 yang akan berlangsung pada hari Jumaat (waktu Malaysia) dengan perlawanan pertama antara tuan rumah bertemu dengan Maxico....
Aku juga turut teruja juga walaupun aku ni bukan kaki bola (maknenye kaki bangku, bkn kaki botol)...
so...aku nk share lah sumtim yang aku aku rase betul2 berguna kepada peminat2 bola nih dimana aku ade satu software untuk merekod skor bola yang dilakukan. Kebiasaannya ramai orang akan membeli majalah2 bola seperti wisel atau seangkatan dengannya untuk mengambil jadual perlawanan ditengah2 majalah tersebut, lepas tu tampal kat dinding, bila abes 2 perlawanan kene tulis the bila sampai semi final, kene tulis lagi siap ngan name pasukan lagi, itu cara lama punya maaa....
ni aku nk share 1 software yang xpayah tulis2 dah, taip j, kan skrang nih zaman IT...
fungsinya sama saja dengan yang lama, tp yang cara je yang berlainan, xpayah tulis n xpayah kira, masukkan berapa skor, terus die akan kira n akan kick in dalam data sehingga final...
aku pun malas da nk taip nih...pandai2 lah explore neh...
korang copy link ni deh...aku xbrape nk pandai lagi men2 blog nih...

http://www.mediafire.com/?uzbymgmzyt0
>>>Read more>>>

.:::::.

My Great Web page

LinkWithin

.::Tekan2::.

.::Mister Linky's Magical::.

.::Kelab Blog Walking::.